
1. Apa itu MyMaqbarah ICMS?
MyMaqbarah ICMS (Islamic Cemetery Management System) ialah sistem dalam talian untuk mengurus permohonan, pendaftaran dan rekod tanah perkuburan Islam secara digital di Negeri Sembilan.
2. Siapa yang boleh menggunakan MyMaqbarah ICMS?
Sistem ini boleh digunakan oleh:
- Waris si mati
- Pihak pengurusan masjid / pengurusan tanah perkuburan
- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
- Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Sembilan
- Pihak berkuasa tempatan yang berkaitan
3. Apakah fungsi utama MyMaqbarah ICMS?
Antara fungsi utama MyMaqbarah ICMS adalah seperti berikut:
- Permohonan Pengebumian
- Permohonan e-Sijil Pengebumian
- Carian e-MAQBARAH
- Lokasi Tanah Perkuburan Islam
- Statistik Kematian
- Maklumat Penggali Kubur
- Fatwa, garis panduan dan pekeliling
4. Bagaimana saya boleh membuat permohonan pengebumian?
Permohonan pengebumian boleh dibuat melalui langkah berikut:
- Layari laman rasmi MyMaqbarah ICMS .
- Isikan maklumat si mati dan waris.
- Hantar permohonan untuk disahkan oleh pihak pengurusan kubur.
5. Adakah saya perlu hadir ke pejabat agama selepas permohonan atas talian?
Tidak perlu.
6. Bolehkah saya menempah lot kubur lebih awal (pra-tempahan)?
Tidak perlu.
7. Bolehkah saya semak lokasi kubur melalui sistem ini?
Ya, sistem membolehkan anda menyemak peta interaktif untuk lokasi kubur si mati sekiranya data telah dimasukkan oleh pihak pengurusan perkuburan.
8. Adakah semua tanah perkuburan Islam menggunakan sistem ini?
Tidak semua. Sistem ini dilaksanakan secara berperingkat dan tertakluk kepada rekod kematian yang disimpan oleh pihak pengurusan tanah kubur.
9. Adakah maklumat kematian selamat dalam sistem ini?
Ya, sistem ini dibangunkan dengan mengambil kira keselamatan data dan privasi pengguna. Data disimpan di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
10. Saya ada masalah teknikal / tidak tahu cara guna. Siapa yang boleh saya hubungi?
Anda boleh mendapatkan bantuan melalui saluran berikut:
- Hubungi pihak pengurusan tanah perkuburan.
- Hubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
- Layari laman rasmi sistem sekiranya terdapat nombor bantuan atau maklumat sokongan pengguna.
11. Adakah saya perlu membuat sebarang pembayaran untuk menggunakan perkhidmatan carian eMaqbarah di laman web ini?
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
12. Di manakah perkhidmatan carian eMaqbarah disediakan?
Perkhidmatan carian eMaqbarah boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web MyMaqbarah ICMS ini. Selain itu, pengguna atau waris juga boleh hadir ke tanah perkuburan Islam yang berkaitan dan mendapatkan perkhidmatan eMaqbarah di pejabat pengurusan tanah perkuburan.
13. Bilakah waktu berurusan di pejabat pengurusan Maqbarah Salimah Port Dickson 1?
Pejabat pengurusan di Maqbarah Salimah Port Dickson 1 beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang, dari hari Isnin hingga Jumaat.

