Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan komited memperkukuh perkhidmatan hal ehwal Islam melalui hala tuju strategik yang tersusun, berkualiti dan berimpak kepada ummah.
Memperkukuh penghayatan Islam melalui program, pendidikan, dakwah dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap peranan dan kredibiliti jabatan dalam mengurus hal ehwal Islam.
Memastikan perkhidmatan disampaikan secara cekap, sistematik, mesra pelanggan dan berorientasikan keperluan semasa.
Memantapkan identiti, imej dan pengaruh JHEAINS sebagai institusi hal ehwal Islam yang progresif dan dipercayai.
Membangunkan keupayaan warga kerja melalui latihan, nilai kerja positif, kompetensi dan budaya kerja berprestasi tinggi.
Memperkukuh tadbir urus kewangan yang cekap, telus, berhemah dan menyokong kelestarian organisasi.